Kali terakhir saya tekan butang “Publish” di blog ini: Jun 2020. Enam tahun. Dalam masa tu saya bertukar tempat kerja, hidup berjalan macam biasa beberapa lepas covid dan blog ini, senyap-senyap, bukan setakat tidur. Dia mati.
“There has been a critical error on this website.” Setiap. Satu. Page. Entah berapa lama terbengkalai. Bertahun punya content, terkunci di sebalik status “HTTP 500”.
Minggu ini saya baikinya. Dan sementara tangan dah lama menggigil panas, sekali terbina tiga website baru, semuanya dalam masa lebih kurang separuh hari, dengan bantuan AI. Ini ceritanya.
Apa yang bunuh blog ini sebenarnya
Punca dia klasik WordPress: dua plugin bergaduh. Google Site Kit buat update besar (versi Analytics lama dibuang, ganti GA4), tapi satu lagi plugin saya masih memanggil kod lama yang dah tak wujud. Bila WordPress sampai ke bahagian footer — fatal error, page mati separuh jalan.
Bonus horror masa siasat: saya jumpa fail debug.log sebesar 8.7GB yang senyap-senyap makan disk server bertahun-tahun. Dan yang paling kelakar, masa tengah test berkali-kali, firewall server ban IP rumah saya sendiri sebab ingat saya penggodam. Kena “unban” diri sendiri. Klasik.
Dulu, benda macam ni bermakna berjam-jam Google, forum, trial and error, atau upah developer. Kali ini saya guna AI coding agent yang boleh masuk server, baca error log, trace punca sebenar, dan apply fix. Saya cuma faham, sahkan, dan approve setiap langkah. Satu jam, settle.
Projek 1: waktuberbuka.com
Domain ini saya beli bertahun dulu dengan niat besar… dan macam kebanyakan domain kita beli, ia tidur. Sekarang ia hidup: waktuberbuka.com, waktu berbuka puasa dan imsak untuk semua 60 zon JAKIM di Malaysia, guna data rasmi e-Solat. Hampir 200 pages, setiap negeri, setiap zon, setiap bandar utama, siap dan live pada hari yang sama ia dimulakan.
Ya, Ramadan masih jauh. Tapi itulah pointnya, website content macam ni perlukan masa untuk Google kenal dia sebelum musim puncak tiba.
Projek 2: jelajahasia.com
Satu lagi domain yang selama ini tidur. Sekarang: jelajahasia.com, panduan travel Asia dalam Bahasa Melayu. Berapa kos sebenar ke Vietnam, Bangkok, Bali, Jepun. Itinerari siap pakai. Panduan makanan halal dari bandar ke bandar yang lain.
Dan ini pengumuman kecil untuk pembaca lama: content travel saya akan bersambung di sana. Blog ini kekal untuk cerita lifestyle, tech dan projek peribadi macam post ini. Kalau anda datang sini dulu sebab cerita travel, jumpa di Jelajah Asia.
Projek 3: mallhopkl.com
Yang ketiga ini projek suka-suka yang dah lama duduk dalam kepala: MallHop KL, peta interaktif shopping mall di Klang Valley yang boleh sampai naik tren. Buka peta, terus nampak mall mana yang transit-friendly dan stesen mana paling dekat. LRT, MRT, monorail, semua ada.
Untuk geng yang malas cari parking macam saya: bookmark yang ini.
Macam mana sebenarnya saya “guna AI”
Saya bukan developer. Tools yang saya guna ialah AI coding agent dalam terminal (saya guna Claude Code). Workflow dia lebih kurang macam ni:
- Saya describe apa yang saya nak; niche, audiens, struktur, bahasa.
- AI bina; kod, design, content draf, setup hosting dan deploy.
- Saya review dan betulkan arah; apa yang masuk, apa yang buang, macam mana positioning.
- Ulang sampai jadi.
Yang penting nak faham: AI buat kerja teknikal, tapi keputusan tetap kerja manusia. Nak bina apa, untuk siapa, kenapa, bila nak monetize dan bila tak jadi monetize, semua itu datang dari 15+ tahun berkecimpung dengan SEO dan digital marketing. AI tak gantikan judgment tu; dia cuma buatkan judgment tu bergerak 10 kali lebih laju.
Kos sebenar
- Domain: semua memang dah saya miliki (renewal biasa RM50-60 setahun per domain)
- Hosting website baru: percuma (static hosting atas Cloudflare Pages)
- Server blog ini: sedia ada, tak tambah apa-apa
- Subscription AI: satu-satunya kos baru
- Masa: lebih kurang separuh sehari untuk semua di atas
Kalau anda ada domain yang tidur dalam akaun registrar sejak bertahun, barrier untuk hidupkan dia tak pernah serendah ini.
Apa seterusnya
Tiga-tiga website ini akan terus saya kemaskini dari semasa ke semasa, dan blog ini pun saya berazam nak hidupkan semula secara konsisten. Masih ada beberapa idea dalam oven; kita tengok mana yang masak dulu.
Ada soalan pasal bina website dengan AI, atau nak tahu tools apa yang saya guna? Tinggalkan komen, atau follow saya di Instagram (@fariz_izhan) atau X (@farizhan). Selamat kembali ke blog ini, kali ini, insyaAllah, bukan untuk enam tahun senyap lagi.

